hye salam semua. Saya masih baru di sini. saya ingin menjemput anda semua berkongsi pengalaman suka duka saya dalam menempuh perjalanan hidup, di samping berkongsi tips2 dan info2 yg boleh d guna pakai untuk semua
Powered By Blogger

Followers

Tuesday, February 1, 2011

KEJAMKAH AKU???





Aku dalam dilema. Dalam seribu kegundahan dan kelelahan. Apakah aku jujur dalam pilihanku ini? Jujur untuk diriku sendiri? Apakah aku tega membuang segala rasa sakit yang terus terbuku? Apakah aku pasti akan menguburkan segala kelukaan yang sering menari-nari di ingatan? Apakah aku mampu lakukan?






Terlalu sukar rasanya untuk aku hadirkan kembali rasa cinta dihati. Sejak rasa cinta itu telah lenyap ditelan kenangan bersamamu. Umpama mimpi dalam mimpi cinta dan kasih ku bernaung. Bila mentari terbit... mimpi ku terus hilang membawa cinta yang membahang.
Mengapa aku tak mampu memekarkan cinta ini buat dia semula? Ada sayang tanpa ada rasa cinta dan rindu. Dan kerana itu aku tidak mampu membenci kerana rasa benci akan ada bila ada rasa cinta. Aku beralah bukan kerana aku kalah. Aku cuba memilih untuk menjernihkan keadaan. Kejamkah aku?




Aku cuba melapangkan hati menerima dia seadanya. Memberi gurau senda dan tawa mesra... tetapi mengapa batinku menangis? Bila sendirian segala kesakitan itu menjadi rencah dalam laluan hidupku. Dan airmata akan kembali menitis tanpa ku pinta. Kejamkah aku?
Ya ALLAH... padaMU ku pinta.. berikan aku ketabahan dan kesabaran melalui jalan yang aku pilih. Aku memegang janjinya... janji untuk berubah. Andai dia berubah janji maka terluka lagi aku. Dan di waktu itu aku pinta padaMU berikan aku sedikit rasa simpati agar mampu terus bertahan dan memaafkan.
Dan pilihan aku sendiri ini adakah aku mengejami diriku sendiri? Demi sebuah pengorbanan.... biarlah aku terus begini.


TAPI ADAKAH SIAPA MENGERTI!!!!!  





xoxoxoxo
~DSD~

1 comment:

  1. knp msti brkorban??sdgkan kite berhak utk mmbuat keputusan kite sendri??

    ReplyDelete